^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 29 September 2009

SAHABAT...aku rindu kau


Assalamualaikum wbt...(luahan)

Aku hanya manusia biasa yang punyai hati dan perasaan seperti kamu..tetapi, kenapa bila keadaan mula kembali pulih, kau makin menjauhkan diri...sememangnya, aku tersentap dengan kelakuan kamu...aku mohon seribu kemaafan kerana kesilapanku yang terdahulu...aku meneruskan seperti biasa walaupun hati menangis terkenangkan kamu wahai sahabat...aku tidak mampu lagi kini..melihat kamu bergembira seolah-olah tiada apa yang telah berlaku...aku tidak mahu begini..aku ingin kembali seperti dahulu kala...seperti bila aku menangis menceritakan masalah aku kepada kamu..atau kamu datang senyap2 ke bilik aku kerana takut teman bilik aku marah..atau ketika hanya kita berdua yang menyambut hari raya aidiladha...tapi, kenapa sekarang semua lain..kenapa semua tidak seperti dulu?


Baiklah..setelah sekian lama kita hanya dingin, biarlah sahabat...aku faham..aku mengerti dengan takdir Allah swt...mungkin ini yang dirancangNya..semua yang berlaku ada sebabnya bukan? ya..ada sebabnya...kini, aku hanya mampu doakan kesejahteraan kamu biarpun dari jauh...aku doakan kamu gembira sentiasa di samping sahabat2 kamu....aku suka melihat kau tersenyum kerana aku tahu ketika itu kau gembira..Senyum selalu kerana senyuman manis kamu menarik minat ramai yang mengenalimu kan?..hehe...ye..semoga kamu berjaya dunia akhirat dengan izin Allah swt....Di sini aku ada lagu khas untuk kamu wahai sahabat :)


Sahabat…mengapa kau pergi

Tinggal aku sendiri

Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu

Jadi yang terbaik

Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu

Datang walau sesaat

Ku ingin kan kau hadir
Aku disini dan menunggu

Diam tanpa dirimu

Kau tahu ku tak bisa

Beranjak terbang dan melayang

tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
Toodles!! :)

No comments: