^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 29 July 2011

LET ME BE THAT WOMEN ♥

Ikhlas itu umpama seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam yang besar di malam yang kelam.. ianya hadir.. tapi amat sukar untuk dilihat.. berdirinya seorang lelaki yang hebat.. di belakangnya pasti ada seorang wanita.. izinkanlah diri ini menjadi wanita itu..

Kemuncak hubungan

 

Assalamualaikum and morning readers..

Aku telah pun membuat satu panggilan.. Dalam beribu2 persoalan dalam fikiran aku .. akhirnya aku tahu apa yang aku inginkan.. Aku sudah pun buat keputusan.. Tq juga kepada dia kerana seolah2 melepaskan aku dari satu beban..Ye aku kecik hati dengan cara dia melayan aku... tapi itu jelas menunjukkan segalanya..STOP.

Dia marah aku pada mulanya.. Mungkin dia fikir aku tidak ambil kisah perihal keluarga dia.. tidak.. aku memang ambil kisah.. kebetulan hari ni macam2 jadi.. tak berhenti air mata aku mengalir..

Aku tersangat stress hari ni...lebih -lebih lagi bila dia jarang marah.. selepas lama berbincang.. akhirnya kami okay.. dalam rancang untuk membawa hubungan kita lebih jauh.. banyak sangat ujian yang terpaksa kami hadapi..


Dalam kita berbual2.. baru aku sedar.. bila dah mula masuk perbincangan mengenai perkahwinan.. maksudnya hubungan aku dan dia sudah sampai kemuncak.. sekrang bergantung kepada keadaan serta jadi tak jadi je segala perancangan tu..

Kali ini aku harap semuanya lancar.. aku harap ini adalah waktunya.. aku harap dia orangnya.. aku  pernah bagi seseorang itu peluang.. tapi dia main2 kan perasaan  aku.. sudah..usah bercerita panjang mengenai dia yang menyakitkan hati aku..

Kai. dia ikhlas dan jujur... semoga semuanya lancar.. ini adalah keputusan aku.. hanya ini.... NOKTAH


Thursday 28 July 2011

Aku dilamar.. kenapa aku masih perlu masa?



Assalamualaikum and morning..

Lama sangat aku tidak update blog.. 


Hati aku sayu sebenarnya.. Bila aku dah semakin meningkat dewasa banyak persoalan yang dianggap remeh menjadi penting.. Seperti soal masa depan aku.. Air mata menitis.. memikirkan sama ada betul atau tidak keputusan aku ini?  


Cinta.. umpama angin.. kita tidak nampak cinta, tapi kita dapat merasai cinta.. Dalam ketiadaan dia aku merasai kasih sayang dia pada aku..

Seringkali dia bertanyakan aku.. Sudikah aku menjadi isteri dia? Aku hanya tersenyum.. Bila difikirkan balik.. ini bukan perkara main-main! Ye, aku masih muda.. aku baru 22.. tetapi, andai kata dia lah orang yang terakhir akan melamar aku macam mana? 


Aku terima seseorang bukan kerana aku takut, tetapi aku sungguh sayangkan dia.. Jujur aku katakan.. dalam kebahagiaan yang hampir dengan aku.. dugaan datang satu satu.. dan mungkin kerana itu si dia melamar aku..


Jujur aku katakan.. aku belum bersedia untuk sambung belajar..Lebih-lebih lagi bila terlalu banyak halangan aku.. Aku penat..Juga.. Mungkin aku selesa bila menerima duit hasil penat lelah aku melaksanakan sesuatu tugas..


Dalam aku cuba mengelak bicara mengenai hubungan yang lebih komited lagi terlalu banyak petanda yang menunjukkan aku ke arah mendirikan masjid.. Ya Allah.. seandainya ini takdir aku .. Aku terima dengan hati yang cukup terbuka..

Sungguhpun lamaran dia hanya dari mulut, keikhlasan dia untuk menjadikan aku suri hidup dia tampak jelas bila dia nyatakan kepada ibu yang dia nak jadikan saya sebahagian daripada hidup dia..


Sejak dua menjak ini.. banyak yang terpaksa aku tempuhi.. Tidak lah susah mana..tapi bila perihal hati dan perasaan aku.. aku sendiri buntu dan kadang-kadang memerlukan masa.. 


Kalau dulu, sungguh mudah aku menerima cinta.. kini, kesedaraan dalam diri hadir.. Umur, keadaan serta waktu akan menentukan semuanya.. 


Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami atau isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin.

                                                                                                                                                     Yang benar,


Tuesday 12 July 2011

Everyday I love you.. 12 months later..




Assalamualaikum and morning readers!

Before I proceed. My previous post was actually a draft at first but was edited by my cousin. SHE POSTED IT -_-..

Today I have decided to post an entry about my love, my partner, my future and my everything.. This one is for you! 

Twelve months! I can't believe we've made it through a year. From texts to lengthy phone conversations... I remember how I used to accompany him on the phone while he was on his hours of long drive home weekly, and he'd drive around his neighborhood, wasting gas, just to talk to me longer. Then phone conversations escalated to a lunch date. 

Sometimes he feels that there are better men for me.. but, truthfully, he is the man of my dreams! The moment he walked towards me on our first rendezvous... I was instantly attracted and hooked from that moment on. Then he went to Singapore for days and I couldn't stop thinking about him. I missed him... 

Twelve months.... our relationship has blossomed and grew. Now I know what he likes, what he don't like, how he feels, and most importantly, how he loves. To me, he's perfect! I love you so much. 28-06-10;)



Wednesday 6 July 2011

A year with you is a bless for me

Assalamualaikum and evening fellow readers!

Though it has been more than a week.. I still wanna share my happiness..

i love my cousin TIA, see the link beside :)
she is everything you can ever imagine. i love her to bits!