^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 3 June 2011

Girlfriend Tauke Jambu

Taukey daripada kumpulan Jambu dengarnya sekarang tengah hangat bercinta.. Melalui gambar kat bawah ni memang jelas yang mereka berdua ni tengah berbahagia bersama-sama kan.. Apa yang menariknya, Teman Wanita Taukey daripada kumpulan Jambu ni pun memang jambu orangnya.. Pandai Taukey memilih kekasih hati kan.. Tapi kami tak hairan pun kenapa Taukey boleh dapat awek cute macam tu.. dah muka Taukey pun iras-iras Dafi kan.. hahahaha..
Apa-apa pun Jambu memang terbaekkkk.. jom kita layan gambar teman wanita Taukey kat bawah ni…
teman wanita taukey kumpulan jambu
awek taukey kumpulan jambu
kekasih hati taukey kumpulan jambu

Rozita Che Wan dan Shahir AF8 sah bercinta


Hampir setahun gosip percintaan Rozita Che Wan dan Shahir AF8 tersebar tanpa ada sebarang pengakuan, Kini akhirnya Rozita Che Wan membuat pengesahan yang mereka berdua sememangnya sedang hangat bercinta.. Walaupun banyak tentangan daripada peminat Shahir AF8 gara-gara perbezaan umur 16 tahun diantara Rozita Che Wan dan Shahir, itu semua bukan halangan untuk mereka berdua meneruskan hubungan yang murni tu…
Pengakuan yang dibuat di Berita Harian tu turut mengatakan yang hubungan percintaan mereka berdua sudahpun diketahui oleh rakan-rakan media, Tetapi demi menjaga hati ramai pihak termasuk peminat Shahir AF8 sendiri, perkara itu tidak dihebahkan kepada umum…
“Kebelakangan ini pun sudah kecoh mengenai kisah peminat fanatik yang tidak merestui hubungan kami. Tetapi itu di luar kawalan saya. Cuma sejauh mana fanatik peminat Shahir sekali pun, mereka tidak menghalang mahupun mengongkongnya dalam soal membabitkan hati.
“Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami.
“Soal merencana masa depan, sebaiknya soalan itu ditanya kepada Shahir. Saya hanya mampu berserah, pada masa sama berharap hubungan kami akan berakhir ke jenjang pelamin. Saya mengharapkan pengakhiran yang indah,” (petikan daripada Berita Harian)
MyGosip harap hubungan percintaan diantara Rozita Che Wan dan Shahir ni berkekalan sehingga ke jinjang pelamin la hendaknya.. kalau dah suka sama suka tu kan.. nak tunggu apa lagi.. Soal umur pula rasanya bukan menjadi halangan yang besar.. bak kata pepatah orang putih.. “umur hanyalah nombor je”…
Rozita Che Wan dan Shahir AF8 sah bercinta
sumber: gosip saje