^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 20 January 2011

KETAGIH FACEBOOK!


Marilah baca buat renungan :

Ini kisah benar.. tiada yang palsu melainkan benar belaka… ceritanya begini..

Semalam aku sempat berbuka puasa di One Utama.. manalah lagi tempat yang paling dekat dengan pejabat Sri Pentas TV3 tu. 

Semalam adalah hari berbuka puasaku yang paling indah. Indah kerana semalam aku berjaya memberanikan diri berbuka puasa bersama beberapa kawan yang aku kenali dari Facebook. Semuanya orang perempuan… tak kuasa aku nak ‘dating’ dengan lelaki –lelaki Facebook. Melainkan kalau member tu memang dah kenal lama… itu lain cerita.

Orang perempuan ni biasalah ... bila dah berkumpul bermacam-macam cerita yang keluar. Paling menarik, rupanya mereka ni ada pengalaman ‘blind date’ dengan jejaka-jejaka yang mereka kenali dari Facebook juga. Hampir kesemua ‘Ending Story’nya gagal sebab mereka kurang berkenan dengan beberapa sikap orang lelaki yang mereka jumpa ni…. 

Bila aku dengar cerita mereka, aku jadi termenung sekejap. Agaknya…kalaulah orang lelaki dengar, mesti mereka kata orang perempuan ni cerewet sebab hal-hal remeh pun nak dijadikan isu.. Sedarkah mereka yang benda-benda remeh ni le, kalau tak diubah akan jadi barah.. Ada banyak kisah yang ku dengar, tapi disini aku selitkan hanya tiga kisah…tentang gagalnya pertemuan bersama LELAKI..


KISAH PERTAMA
Ini kisah member yang aku panggil Ain… Sejak Facebook ada ruangan chatting, Ain ni kerap berchatting dengan seorang jejaka Facebook yang katanya kerja melibatkan dunia IT. Satu hari mereka janjilah nak berbuka puasa bersama di satu restoran yang tidaklah berapa mahal harga makananya. Sembang punya sembang.. si lelaki ni orderlah beberapa menu untuk makan berhidang. Selepas makan, mereka sembang lagi.. sembang dan sembang… Tiada tanda tanda pun lelaki ni nak keluarkan duit dari dompetnya dan ajak ke tempat lain.. Bila memandangkan dah hampir 4 jam duduk bersantai.. Ain ni pun beritahulah yang dia nak pulang.. tapi lelaki tu masih tak keluarkan duit. Akhirnya Ain keluarkan duit sendiri, bayar semua bil makanan yang si lelaki tu order. Sampai ke sudah.. lelaki tu takda pun nak ucap terima kasih.. sebaliknya dia ajak Ain tu jumpa lagi di masa akan datang. Ain pulak rasa.. eleh Mamat ni.. sengkek rupanya, tapi ada hati nak ajak keluar..

( Sejenak aku terfikir : Memang tak salah kalau sesekali perempuan yang keluarkan duit belanja makan tapi orang lelaki ni tak reti atau tak paham…? Kalau kali pertama dating tu.. kalau takda duit.. tak payahlah menggatal nak ajak awek tu keluar. Sempurnakan dulu hidup tu .. jangan tunjuk sengkek sangat. Sengkek sesekali tu perkara biasa..tetapi kalau selalu sangat sengkek… lama-lama dah jadi tabiat pulak, tabiat malas nak cari duit)

KISAH KEDUA
Member aku yang kedua ni, aku panggil Sara. Sara ni memang cantik.. sebab itulah member dia dalam Facebook dah hampir mencecah 2 ribu orang. Dalam facebook ni dia berkenan sangat dengan seorang jejaka yang menurutnya bekerja sebagai businessman. Mereka berchatting di Facebook selalunya bila siang waktu pejabat 9 hingga 6 (pakai computer pejabat) Kemudian bersambung pukul 12 tengah malam hingga ke subuh. Jadi satu hari, mereka pun berjanji nak jumpa di The Curve. Pertemuan memang berjalan lancar. Lelaki businessman ni memang pandai ambil hati si Sara. Dia pandai berbicara, romantis, tak kedekut duit… boleh dikatakan serba serbi yang dicari Sara ni memang dah sempurna. Selepas pertemuan pertama.. adalah pertemuan susulannya…. Sehinggalah satu hari Sara ni dapat panggilan talipon dari seorang perempuan yang katanya berjaya tangkap suaminya malam tadi sedang berchatting waktu malam dengan Sara. Dia berjaya memecah masuk ke Inbox suaminya yang belum delete… dan akhirnya dapat nombor talipon Sara yang tercatit. Ingatkan selama ni, suaminya suka tidur lambat sebab ada proposal kerja yang nak ditaip. Rupa-rupanya… sedang bercinta!! Habislah si Sara ni berpeluh sakan terpaksalah menjawab soal siasat isterinya yang bertubi-tubi. Soalan paling menakutkan ialah.. “sudah sejauh mana perhubungan mereka?” Jawabannya… tak payahlah nak dedahkan.. 

( Sejenak Aku Terfikir : Agaknya yang suka online malam-malam kat Facebook ni mesti 40% suami orang yang sedang bercinta yek? Memang tak dinafikan, lelaki yang dah berkahwin ni memang ada kelebihan dalam memikat hati perempuan sebab mereka dah tahu di mana kelemahan perempuan. Kebanyakkan mereka dah tahu bagaimana cara nak berbicara, bagaimana nak susun ayat, bagaimana nak memujuk… berbanding dengan orang bujang zaman sekarang yang kebanyakkannya bahasa rock… bahasa sms.. dan adakala buat lawak tak jadi. Namun yang jadi mangsa… perempuan)

KISAH KETIGA
Kisah ketiga dari member yang aku panggil Sara. Kisah Sarah agak melucukan. Sarah ni kerja di sebuah syarikat swasta. Orangnya manis bertudung. Dia berkenan dengan seorang jejaka yang badannya ada ketul ketul kalau dilihat dari gambarnya. Kalau baca Wall atau Comment dalam pagenya… kebanyakan orang memuji badannya seksi. Sara ni memang minat sangat dengan jejaka berbadan ketul. Jadi Sara ni pun cubalah hantar beberapa kali Poke atau email pada seorang jejaka ketul ni ni tapi tak dilayan sangat. Geram punya pasal, Sara ni dapat satu idea untuk menguji apakah lelaki ni memang tak ada masa nak membalas pokenya atau jejaka ni jenis memilih. Dia pun reka satu lagi akaun dalam facebook..dan gambar profilenya diletakkan gambar seorang perempuan cantik dan seksi lagi… Setelah siap, dia pun hantar mesej ke Inbox jejaka ketul tu. Memang sah.. jejaka tu layan dan balas setiap patah soalan yang ada.. Sara ni pun bengang lee... Ewaa..ewaa… memilih rupanya ye! Mentang-mentang aku pakai tudung..kau tak balas email aku.. kalau perempuan seksi hantar, bukan main cepat balasnya! Jadi dengan menggunakan akaun perempuan seksi tu… Sara ajak lelaki tu dating di Cineleisure… dan dari jauh dapatlah dia lihat si jejaka badan ketul tu sedang menanti si perempuan seksi yang memang tak wujud tu.. padan muka dia.

(Sejenak Aku Terfikir : Agaknya memang ramai ye orang dalam Facebook ni yang bermuka muka.. maknanya ada dua tiga akaun. Gambar sana lain sini lain..tapi orangnya sama. Kalau perempuan ada lebih dari satu akaun… memang aku faham. Tujuannya nak menguji lelaki hidung belang . Sebelum terpedaya.. lebih baik kita uji kejujurannya macam kes Sara ni. Tapi kalau lelaki ada lebih dari satu akaun.. SAH!! Tak da sebab lain.. tujuannya nak cari mangsa dan mengayat orang perempuan..itulah dia Lelaki)


1,2,3 lari

Salam....currently aku bengang dengan blogger ni...huhu...aku da save setting pun masih ada ag...dush... anyways.. i edited it.. mesti korang tak fahamm...lalala...its okay...

Aku sedang berada di rumah dan sangat bosan..aku kejut amer sebab dia ada kelas..tapi dia yang tak bgun2...bukan salah aku...bukan salah aku...

Anyways...aku sangat bosan..InsyaAllah, aku akan mengikuti kursus private...katanya surprise...jangan la kem..memang aku xnak gi..maleh...kursus autocadd otw da..xsabar aku...nak dpt sijil tuuu...

Tu je kot..tq sbb sudi luangkan masa anda untuk menjenguk blog saya yang tidaklah seberapa... hoho
Blogger Templates

Joging pertama aku tahun ni

Salam... hehehe... melihat pada tajuk di atas.. ye..inilah pertama kali dalam tahun ni aku joging ..yay! aku kuar 6.30 pg..di mana aku selamat joging ke rumah dalam kul 7.40 something like that la

sedang aku berjoging..dan joging...aku terhenti seketika...kenapa put? kenapa put? ...muahahaha...sabar tawan2...aku pandang sekeliling...

xdak orang deyh.. like O M JAYYY*bak kata tia* ...

tem tu aku agak takut..dari semangat joging..terus berjalan..mesti uols nak tahu da smpai mana tem aku da start sedar akan lokasi aku....aku da cross jalan.. da smpai la pendek cite.. kat d'santai lagi...kiranya...aku mmg da smpai la...wawawawa..

AKU POWN.,.. teruskan...memang aku jog mula2...gelap dowh..aku lari2 anak..smbil aku dengar lagu di telinga.. oleh kerana ku kusyuk memerhatikan sekeliling.. aku tak pasan aku terlanggor pakcik cine..

'sorry uncle..sorry', kataku sopan..

uncle tu jeling je aku.. time tu aku pikiaq..satu MALAYSIA KONON..then the whole jogging..sungguhpun aku dengar lagi media player aku..lagu satu malaysia je aku dok miming..cam doh.. aku joging dan terus joging...kemudian aku terhenti...

bau! ye bau yg menyusuk hidung aku..aku mengikuti bau terebut.. kuih!

Joging? Apa tu joging?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone