^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 23 February 2011

Teringat seseorang...

Assalam...

Ku ke kiri..ku ke kanan... Masih tak boleh nak lelapkan mata... Why?

Aku baru habis upload lagu2 nasyid yang popular dulu.. Best je dengar~~~

Dalam aku menyemak kerja sebab aku xboleh nak tidur lagi... Aku teringat kepada ayah.. I really miss him... I do...

Rindunya aku kepada ayah... Walaupun selalu buat aku marah and geram sangat2... Dia tetap salah seorang insan yang aku sangat sayang... Kalau pagi2 buta dulu...selalu panggil aku tolong masakkan kalau lapar... Aku selalu buat telur goreng mata kerbau dengan rojak.. Ayah suka sangat.. Aku rindu ayah.. Kalau ikutkan.. Aku ni paling sosial kalau nak dibandingkan dengan adik beradik aku yang lain.. Bil telepon dulu tak agak2 tinggi sebab dulu aku selalu guna telepon rumah nak call pakwe2 aku dulu * ye pakwe2 kerana aku seorang yang gatai and tak sedaq diri*...wawawa..time tu ayah aku da ready nak bantai aku.. Tapi tak bantai pun..marah2 je kalau perihal ni..marah2 je pun..ayah aku tersangatlah garang orangnya...

Masa aku kecik2 dulu..sebelum tadika..aku kurus..masuk tadika je..haaa...amek kau...bola pun nak belajar taw..or bak kata cikgu aku dulu " apple girl" sbb pipi aku selalu merah...macam epal..sekarang kelabu je aku rasa..asap pun da xgaya warna muka aku sekarang-_-

Ayah aku selalu panggil aku "fatgirl" dulu..aku mengamuk and rasa teramat marah! *emo habis * .. Bila aku teringat balik.. Kelakar pun ada.. Yang pasti.. Ayah aku tak pernah lekang dari mulut panggil anak2 gadisnya "my princess" each.. Tu yang buat aku rindu lagi ayah..

Aku susah sangat nak dapat perhatian ayah aku.. Iya..memang susah..memang aku attention seeker habis.. Ada je pertandingan aku masuk..mesti aku bagitahu ayah aku..ayah aku nya reaksi biasa je...bila aku dapat nombor satu dalam kelas time sekolah dulu... Ayah aku tanya aku

" nombor satu dalam kelas ke dalam sekolah?"

Aku terdiam and ayah aku sambung.

" Ayah nak sekolah bukan kelas"...

Aku sedih sangat masa tu..rasa macam sia2 je aku nak buat ayah aku bangga..bila difikirkan balik..untuk kebaikan aku.. Aku rindu ayah..

Masa aku masuk sekolah teknik.. Ayah dah mula lemah2 and nampak sakit.. Tapi masih gagah nak hantar aku daftar ke sekolah teknik.. Aku ingat lagi masa tu..ayah aku suka sangat aku masuk sekolah teknik sebab ayah aku pun sekolah teknik..amek mekanikal..aku lak amek kej.awam.. Ayah aku kata dia nak aku jadi engineer... Aku memang minat pun nak jadi engineer..kerap juga dulu aku ikut ayah aku pergi site visit..and pergi ofis ayah aku dulu..best juga jadi engineer..aku pun teruskan harapan ayah aku..

Aku masih lagi ingat masa mula2 aku nak daftar sekolah teknik..first time pergi muadzam..dengan xde hotel and xtahu mana sekolah tu..berpusing2 sekitar bandar muadzam..masa tu waktu malam..gelap bai..dulu mana ada 7 eleven ke apa..memang takde satu kedai pun bukak..yang ada lampu time tu stesen minyak je.. Aku time tu nak terkucil sangat..aku bagitahu ayah..

" Ayah nak kencing"

Ayah aku diam je... Aku pun diam...aku takut ayah aku marah sebab da berhenti kat stesen minyak tapi aku tak pergi toilet.. Setengah jam jugak aku tahan..

" Ayah ....nak...kencing"

Mak aku minta aku tahan..then ayah aku tanya betul ke aku tak tahan sangat..suara aku masa tu dah menggigil2 da..dengan aircond and waktu malam.. Aku bengang sangat masa tu.. Tbe2...ayah aku keluarkan fakta..

" Kalau orang tak tahan nak kencing..tak boleh dengar lagu rock2 or rancak..klu dengar gak..lagi nak kencing"

kata ayah aku sambil menguatkan radio..time tu lagu apa aku tak ingat tapi memang lagu rock.. Aku menangis and menjerit supaya ayah aku tutup je radio..aku betul2 tak tahan masa tu..aku ingat aku ayah aku gelak2 je kat aku...aku rindu ayah..

Setahun aku belajar kat sekolah teknik..ayah aku banyak ajar aku tentang kej.awam..tapi ayah aku garang bila ajar..kalau kita tak faham..lagi ayah aku mengamuk..last2 ayah aku yang tolong buatkan kerja aku.. Tapi ayah aku nya taktik memang terbaik..pas ayah buat..ayah padam balik..terbaik wok! Time tu nasiblah kalau fokus ke tak time ayah aku buat..sebab tu lah aku sangat lancar kira aras2 tu semua.. Thank you ayah..at the same time ayah aku tetap nak aku fikir sendiri..

Aku akui..aku bukannya rapat sangat dengan ayah aku dulu..tapi aku and ayah kongsi banyak persamaan.. Aku tanya ayah aku bila penting sangat..aku segan dengan ayah aku sebenarnya...

Selama hari jadi aku..hadiah aku dripada ayah aku ialah buku sahaja..xkisah la buku cerita ke, buku belajar..yang penting buku..also..semua bahasa inggeris lak tu.. Pernah sekali ayah aku bagi hadiah game harry potter ( board game kuiz ttg cte harry potter) sbb aku dapat no.1 dalam kelas..aku rindu ayah..

Mesti korang malas nak baca kan..ahh...aku nak sambung lagi..blog aku..hahaha!

Anyways.. Sebelum ayah aku meninggal..baru aku mula rapat sangat dengan ayah aku.. Pernah sekali masa ayah aku kena tahan kat hospital.. Sebelum balik aku cium pipi ayah.. Mungkin ayah terkejut ..ayah tarik aku minta aku teman kat hospital.. Mak aku time tu tak kasi sebab baju semua xde..aku pandang ayah aku.. Comel nya ayah..ina datang esok taw ayah..aku rindu ayah..

Masa kami bercuti kat hongkong.. Ayah aku mula tak stabil badan sebab telinga sebelah kanan *or kiri, xingat* da xboleh dengar apa2..in other words da tak berfungsi.. Aku selalu peluk ayah kat sebelah.. Comel ayah aku.......boleh gelak2 lagi..tak tahu risau kami satu family.. Percutian kami ke hongkong merupakan percutian terakhir kami bersama ayah..ayah aku suka travel..banyak tempat ayah bawak kami setu family..stiap tahun bercuti ke serata dunia..memang seronok:)..Aku rindu ayah..

2 mggu sebelum ayah aku meninggal dunia..mak aku drive and time tu kakak duk depan..ayah duk sebelah aku dalan kereta.. Time tu ayah aku manja dengan aku..comel sangat..dia suh aku urut la..xyah balik la..aku suka sebab aku baru nak rapat2 dengan ayah aku..hehe..ayah aku pesan suruh belajar rajin2 semua..cakap pelahan je masa tu..aku rindu ayah..

2 mggu kemudian..aku baru sehari balik dari pertandingan bahas peringkat negeri..kumpulan kami dapat num 2 je..aku tak sihat hari tu.. Aku tepon umah saje nak dengar khabar mak n ayah aku.. Lega bila dengar suara mak aku sihat and ayah aku juga dalam keadaan sihat..

Sepanjang malam waktu prep..aku tak senang duduk..aku xsedap hati.. Tepat pukul 11 mlm ada pengumuman panggil nama aku..aku pergilah bertemankan junior aku masa tu.. Aku nampak joshua..dia suh aku sabar..aku terpinga2..apa nya kan..

Then aku nampak amer..amer kata ayah baru meninggal dunia..aku terus call mak aku.. Ibu mengesahkan and aku terduduk..

Ayah.. Ina rindu ayah.. Ina tahu ayah berada di tempat yang baik and ayah selamat disana.. Ina selalu mimpi ayah..ayah selalu pakai baju melayu warna hijau.. Alhamdulillah.. Ayah bahagia di sana kan.. Allah sayangkan ayah..ina sentiasa doakan ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman insyaAllah.. Semoga roh ayah aku dicucuri rahmat...

Waktu terasa, semakin berlalu..meninggalkan cerita tentang kita..kini tiada lagi tawamu..untuk menghapuskan semua duka di hati..ada cerita tentang kami dan ayah.. Saat kita bersama dulukala...ada cerita ttg masa yg indah..saat kami dan ayah sedih n gmbira..teringat di saat kita tertwa bersama..ceritakan semua tentang keluarga kita..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 20 February 2011

Anak derhaka tak bau syurga..

Assalam... Berdasarkan perkongsian saya kali ini ... Saya ingin menyedarkan bahawa jangan sesekali derhaka terhadap ibu bapa anda... Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kelakuan kita menyebabkan ibu bapa kita menangis.. Setitik air mata seorang ibu, bergegarnya pintu neraka kepada anak yang menyebabkan titisan air mata itu.. Saya juga pernah melakukan kesilapan.. Disebabkan saya telah disedarkan betapa besarnya dosa saya yang terdahulu terutama kelakuan saya terhadap ibu bapa saya.. Saya segera memohon keampunan sesunnguhnya syurga terletak di bawah tapak kaki ibu..

Setiap anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.

Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa' yang bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)."


Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: "Ber baktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya."

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.

Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: "Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu."

Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.

Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?

Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.

Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sa yang tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pen didikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.

Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.

Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: "Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa."

Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.

Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.

Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami pen deritaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.

Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.

Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan "oh, oh, oh, oh". Keadaan semakin mengerikan.

Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan me ngikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.

Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup.

Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.

Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: "Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan."

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap sya hadah dan menghembuskan nafas terakhir..

Di manakah ibu bapa anda? Berapa lama anda tidak berhubung dengan ibu bapa anda? Apa khabar ibu bapa anda? Pesanan saya, jangan menyesal jika apa-apa terjadi kepada ibu bapa anda hanya kerana ego anda yang terlalu pentingkan diri.
Gambar di atas adalah si tanggang..anda tahu kan kisah si tanggang.. Renung2 kan...

Sumber :http://aabab01.multiply.com/reviews/item/73
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 19 February 2011

Long distance relationship :)

Assalam everyone... Now... It gives me a great pleasure to share with all readers about long distance relationship..I am in one.. Though its still new.. I am definitely hoping it will lasts...InsyaAllah ...

There is widely-held belief that long distance relationships do not work in general. As someone who is involved in a long distance relationship now, I would have to completely disagree. My boyfriend and I have communicated for almost 8 months. We have both agreed to give everything to this relationship in order to stay close to one another. The strongest part of our relationship is actually our communication. He and I talk about almost everything and we know where the other stands in regards to the direction of our relationship.

Being involved in a long distance relationship, causes our feelings and desire for each other to grow. This desire allows us to treasure our time together and spend it wisely. Together, we are forming a solid relationship built on communication and patience. Being in a long distance relationship also causes us to surrender our will and relationship over to Allah for His guidance and direction. We know that there are plenty of things that we cannot change. But what we can and are able to, we use to build each other up  and encourage one another to persevere. This relationship has certainly enhanced our willingness to depend on Allah.

Thirdly, distance puts our relationship to the test. Our ability to withstand the space between us determines the true value and strength of our commitment to one another and to the relationship. Some people commit to one another and over time they are no longer together. One reason for this may be that people are not willing to patiently commit themselves to one another. If two people really "dig" each other and are willing to pursue each other, then nothing can stop them from working together as a team to keep things going over the long-distance. Enduring the distance factor demonstrates that we are serious about each other and our relationships separate from our significant also other motivates us to work more diligently at our affairs in life.

When I put everything in perspective about the benefits of being in a long term relationship, I have concluded that my boyfriend and I will be together longer...InsyaAllah... If I'm focused on my work and making the money that I need to sustain myself *also will be continuing my studies* then I can go on knowing that I get to see him after all the hard work is done. There are so many more benefits to being in a long distance relationship. Mostly, the benefits of this have to do more with building character and trust in each other over time. We will know that coming together and staying together has been at the hand of Allah. What Allah joins together, no man can separate..

What are some benefits of long distance relationships that you have found? If you thought that long term relationships were too much of a hassle before, would you reconsider having one now? What are some obstacles to having a relationship with someone who lives very close to you? Is there a risk that the two of you may spend too much time together?
You decide what is best for you...happy loving guys... Toodles :)

Source : http://www.revelife.com/722794898/the-benefits-of-long-distance-relationships/
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 18 February 2011

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam

Assalam....
Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula "pakai bedal sahaja". Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. 

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890) 

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. 

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Source :http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/11/30/mengurat-dan-bercinta-menurut-islam/
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 17 February 2011

Hectic week minggu hectic

Assalam sume...

First of all...I am terribly sorry...it was definitely a busy week for me...I mean talk about BUSY ya'll!

Anyways...I miss u guyss...*awwwww...group hug girls only* ops*... Well I started work..yeah..work...

What u might ask??

Well...as not many of u know ..I am a teacher now...yeah... Not a school teacher *sbb aku tw aku msti kne pjak head* well....u get the point...

Somehow..aku masih pk...cmno aku nak manage keje n blaja?? Well...*sbnrnya msh pk* ermmm....insyaAllah okay kot...matlamat aku..aku xnak kecewakan hrpn parents dorang...waaa....aunty2 uncle2...ur children sume baik2..and cute...utk spm..xmo puji..haha

Okay2...also...lately ni juga...aku jadi suri rumah sepenuh masa...tp aku ni suri rumah lain..as I'm husband-less...haha...full time..siap wat kuih n roti*roti xjd so buang* ...still...aku wt kuih bingka,aku masak full meal even breakfast utk kakak ku yg kne keje pg buta..tu je lah kot... Atas tu hah gmbr..​​‎​ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ

Toodles :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 11 February 2011

Majlis pertunangan kakak :)

Assalam semua!

Omagad! Lama nya I xupdate blog utk uols *mcm ada yg kisah* *krik krik*.. -_-

Ermm...anyways...5 hb 2 recently my dearest kakak sudah menjadi tunangan kepada pilihan hati yg selama 4 tahun uols..alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar dengan izin Allah swt:)

Majlis start kul 11.30 pg...aku tgk kakak aku kemain nebes ag..hehe...

"Hey pot! Ang ni bebel ja..aku nak gambaq!"

Okay2..kalut la ang ni..haa..ni gambo2 nye ha..since aku update gne bb aku..mybe gmba kat atas...so...mana2 pun I kongsi dgn uols gmbo2 nya ye...lokasinya di kuantan..umah opah I yg cute:)

Bnyk pic ag..but if nk tgk bnyk ag..sila ke my facebook :)..click kat sebelah yg ada lmbang fb tu kayss...toodles muaaah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 8 February 2011

Feelingssss

Assalam....

Actually..aku mcm rasa dah lama xupdate blog...currently, broadband kne potong sbb xbayar... Aku skrg ni just duduk2 and xtaw nak wat apa...banyak benda yang aku xsuka jadi telah pun berlaku...susah untuk berhadapan dgn smua ni...tp aku kena terima juga...

At the same time..aku sangat merindui seseorang... Dia tersangat baik and caring sgt... Miss him so much... Aku happy bila dengan dia... Dia sentiasa ada bila aku perlukan dia...and dia sentiasa comfort aku bila sedih...

Aku sendiri tak pasti dengan apa yang sedang berlaku...semua ni terlalu cepat... Also...lupa lak...kakak aku dah bertunang...aku akan update later :)...banyak pictures nak share uolss...

Aku rasa ni je kot...susah update guna bb ni...xfeeling mcm taip kat lappy:)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone