^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 18 December 2012

"ingat, bukan kita je yang akan berkahwin ina "


" ina fikir study dulu, selesaikan mana yang perlu.. tentang pernikahan ina nanti, masa ina balik kita bincang, ina jangan fikirkan sangat.. ibu faham excited nak kahwin, tapi, ina kena ingat, bukan kita je nak kahwin.. kalau orang tengok kita beria2 expose every single detail, orang pun rimas.. selagi ina belum sah jadi isteri kai, jangan mendedahkan sangat hubungan korang..belum halal bagi ina ...kita sebagai perempuan, jaga maruah..lagi2 darah manis..  "
ibu cakap, saya hanya menurut.. :)

Assalamualaikum :)

 Setelah sekian lama , baru lah update.. actually baru habis final.. semoga segala dipermudahkan..saya sudah berusaha bersungguh2..semoga semua diberkati..in shaa Allah. :)...

Perihal hubungan saya..bila tiba masanya saya akan umumkan.. saya tidak lah mahu mendedahkan sangat ..sebab nanti orang kata kita pulak over..macam saya je nak kawin ..hihihi.. apa apa pun, semoga ikatan yang ada kini kekal sehingga ke jinjang pelamin :)

Sem ini sangat memenatkan.. dengan subject design yang boleh tahan cabarannya.. banyak saya menangis mengharungi semester ini.. jujur, saya takut... tapi pada masa yang sama, sy yakin dengan usaha saya :)

beberapa minggu lagi, akan masuk tahun baru..cepat masa berjalan.. dalam fikiran saya cuma mahu tempoh belajar saya di unisel habis pada masa yang sepatutnya.. pengalaman di poli cukup ajar saya.. pentingnya memahami daripada mengingati.. apa guna kalau hafal tapi tidak faham? pusing sikit soalan terus tak boleh jawab..

niat saya belajar cuma satu, nak balas jasa ibu bapa sy... nak kerja elok2.. nak bagi balik semua perbelanjaan yang pernah dibelanjkan kepada saya selama saya dibesarkan ibu.. ina dah janji nak jadi macam ayah.. ina akan usaha dan terus usaha...