^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 29 August 2010

~~00~~00~~



Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.

adapted from
NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH (ydim)

Sunday 22 August 2010

Blog kawan aku

Sedang menyiapkan kerja yang terlalu banyak...salah kira, bangunan jatuh....ishh....aku manusia bos....huhu...nasib ada yang sudi membantu....alhamdulillah...

Penat nya sejak dua menjak...banyak sangat2 kerja.....aku sabar....huhu

Sedang aku update blog...aku teringat blog kawan aku....

dia kesedihan...ye aku tahu...aku rindukan dia...dlu kami slalu hang..ada prob..lepak kat tangga asrama...kami cerita segalanya...seronok bila igt balik...dia sahabat aku..aku sayang dia...kami sering menceritakan tentang pengalaman hidup...especially about love....

penah sekali aku teringat bila lepak dgn dia..ada kucing gaduh..takot woo....haahhahhaha....

sekarang sahabat aku pressure...aku faham....masalah xkan hilang...memang akan sentiasa dengar...fikir positif...tapi, org taw ke apa yg kita rasa?..ye sahabat....sabar ye...

hmmm....aku? entahlah...masalah bagi aku...macam makanan...makan2....cerna...kuar balik..hahaha...yak2...hahahha

yup...bagi aku....semua masalah pasti ada penyelesaian...PASTI ada...confirm...cuma, kita kena tahu macam mana nak cari jawapannya...macam menyelesaikan soalan add math..hehe....ikut step by step...yup2

21 tahun da aku...masuk kelab lepas da....hahaha....perkara yang dulu usah diikuti lagi....semua yang terjadi padaku satu kesilapan...tapi, pengajaran yang berharga buat aku..ye..aku bersyukur sebab aku dah lalui banyak situasi di usia aku yang bru 21...

Problem....it's just a word...that often comes to u...and easy to go away ...just face it..solve it like u mean it...

Thursday 19 August 2010

Dia telepon

Sedih...perasaan yang aku rasa selepas aku menerima satu panggilan malam tadi... Memang aku sebak...

Entah...apa motif dia hadir kembali dalam hidup aku....menyusahkan aku? buat aku menangis LAGI??

Budus...

Akhirnya semua terbongkar.... Aku serba salah... Im sorry sayang....

Wednesday 18 August 2010

Bersahur ..masak tapi tak masak?

Assalamualaikum...ermmm.....hmm....*jwblah bang...

haha....takot2....

okay...today....aku masak untuk sahur lagi seperti hari2 lain -_-

aku merenung kat dapur ku yang lampu sudah rosak aka tak beli bulb baru...again -_-

aku bukak lah lampu ikea yang khas untuk cupboard...aku sedar,,semakin hari semakin kecik mata aku sebab susah nak cari bahan dapur...MUNGKINKAH AKU AKAN BUTA...?? of course not.....(",)

okay....aku nampak nasi...hehe...apa lagi...nasi goreng lah kan....then...aku ternampak perencah megi nasi goreng paprik warong style....wah! bukan main....

aku amek n belek...hmmm...masa makin suntuk...nanti tak makan...tanpa lengah...aku usha cara2 penggunaan perencah tersebut...

bagi aku...perencah2 ni...men letk je la kan...akan tetapi...macam2 lak instruction nyaa....-_- again....

kacang panjang> takde stok
telur>takde stok
bawang>ada setengah aku jumpa dalam peti
ayam>takde stok(malam tadi berbuka ayam masak kicap)

wah...semua takde....ahh....(rengus aku) bedal lah ...

aku pun masaklah..ikut style sendiri...dalam masak2 siap ada style...aku teringat mamak kat sri kassim wat nasi goreng..terangkat2 kuali...aku teraiii la

akan tetapi again!...gagal...tangan ku terseliuh....kuali berat...berat sangat...'-_-

aku wat biasa je lah...

aku pun siap2 untuk bersahur...mak aku da amek port kat meja...wah..laju mama....

mama: hmm....nak kacip patimah

aku: ok ....(kacip patimah??)ermm...bila beli mama...

mama: nak buat tak?

aku tunduk kerana faham kata2 mak aku...hrmm...aku nak gak sebenarnya...tapi mama melarang sekeras2 nya bagi anak2 nya yang minum kopi...maap..anaknya yang minum kopi...-_-

baik mama...aku ke dapur....tekan air panas....asap je kuar...otak aku berkata

otak: air da habis..refil lah

aku: -_-

hrrmmm...aku bukak fridge...masa makin suntuk..aku jamah pun belum hanya kerana kacip patimah tu

ada air kotak ve good...anggur...yay!

mama.....

mama: mana air panas?

aku: air tak masak lagi

mama: ada je alasan kau...ishh....kalau..$%^&*(dan sebagainya...time ni kakak aku slalu dipuji)

aku: -_-

kami makan....

nasi goreng yang aku masak warna merah..baru aku nmpak sebab kat dapur malap...

tamat.


Monday 16 August 2010

Blogging or vlogging

Hai sume salam noktah

haha

okay..aku yang xde life ni dok online je tengok ramai plak yang suka vlogging

aku try la...pimpin out ma hair yang cam doh-_-..aku on webcam

DAMN

aku sangat benci tgk diriku di webcam...then i thought....aku nak vlog pasal apa??

BUDUS-_-

Tadi aku gi restoran kat KESAS coz ibu tak masak ...huhu...aku pakai baju yang teramat simple and ibu panggil aku....time ni kat umah lagi...aku toleh yang memang tak bergaya langsung, nmpak mak aku yang macam nak gi pavi...

AKU?

adus.....sadis...aku pakai suar itam ueen( maap ueen,ina da xtaw n xde suar kat umah) and baju klabu yang aku beli masa aku form 4....utk riadah dlu....aku tunduk dan malu sbb aku jalan sebelah mak aku macam aku ni bibik je..perut aku makin buncit...and kalau ada sape yang mengucapkan tahniah kat aku aku akan tumbuk dia..

DAMN IT....aku nak jadi model...ini impian gelap aku...ye aku akui..'-_-

and so...aku bru balik from terawih...aku je REMAJA( OF COURSE)....yang lain semua tanya aku bila nak SPM??? Muda sangat ke aku ni..or aku sebenarnya nampak mcm budak pendek yang tua ...bengong....aku senyum je sambil genggan cawan putih plastik dengan kuat tapi kemas...

tiba2 ada budak tarik2 telekung aku dari belakang...aku toleh dengan penuh sopan...*kononnya* ...aku terus menjerit sbb dak tu pakai topeng hantu...CHAIT...

kat surau lak tu....aku tunduk malu dan beredar....maap...makcik...pakcik...malu nak dok lama2...habis chance aku nak tunjuk sopan kat budak2 IMU...bye.NOKTAH.NOKTAH

Saturday 14 August 2010

Thursday 12 August 2010

Sedih

Aku...da banyak kali bercinta...mmg banyak...haha...still aku xjumpa my prince charming...hafiz..satu2 nya bf aku yg aku kenal sbb dia kawan baik aku masa skolah...

yang lain sume aku kenal salah number la, chatting etc... sumenya penipu..entahlah..betul ckp sepupu aku...get a REAL boyfriend...yup...aku nak macam tu...watpe waste my time..thinking about him...yg smpai gf dia dok tanya aku mcm2..bodohnya aku...da banyak kali benda macam ni jadi...aku lak..sentiasa bagi alasan untuk diri aku...

BODOH

penat aku...dia dok tanya macam2..siap baca email...ermm...entahlah...aku yang ganggu hubungan dorang...now aku dgn dia da break...aku malas...all men are the same...mgkin kecuali apis...apis baik..n dats y aku xsggup nak lukakan dia...bukan aku xnak bercinta dgn dia...dia kawan baik aku dari skolah...aku xnak kerana benda2 macam ni..menjejaskan hubungan aku dgn apis ..juga bersama2 kawan kawan aku yang lain..kalau ada jodoh antara aku dan apis..adalah...

aku dapat ym dari sang gadis yg dari dlu mengakui ada hbgn dgn 'dia'..aku marah pada dia,,dia kata dia dan gadis tu xde apa2..aku percaya...then bila gadis ni kata dia tgk email sume..siap tahu aku bg gmbr kat 'dia'...hmm...pandai2lah fikir...mcm ****..

k...aku bnyk kje..thnks sbb sudi bce...

salam..

Wednesday 11 August 2010

Ramadhan bulan yang mulia...

Tahun 2010 merupakan tahun yang baru aku nantikan bulan ramadhan...ramadhan kali ini mgkin penat jika berbanding dengan yang lepas..keje makin bnyk..sabar je na..

Aku sekarang sayu je rasa..bulan yg plg dinntikn sebulan je..sekejap sgt..tgk..2010 pun da hmpir smpai ke pnghjungnya..entahlahh..cpt masa berlalu..

Sambil update blog..aku tggu my prince balik from kampung..smehow..aku makin rindukan dia..aku hrp dia slmt smpai..

Banyak yang trjd..bukan niat aku nak sakitkn mana2 pihak..yg aku boleh katakan..cinta itu bukan sesuatu yg kita boleh paksa..ia dtg tba2..aku minta maaf sbb telah melukakan bnyk pihak..tp,jgn nilai aku kerana itu, kerana ada sbb aku lakukn smua ni..

Aku? Senyum je..benda yg aku slalu wat n senang..smua suka kan..aku sgt brsbr dgn sume yg trjd...

Di bulan yg Mulia ini..marilah kita sama2 usaha utk mnjd yg lbh baik..



Seyumlah..