^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 23 May 2012

Hanya Allah yang membalas cinta.. manusia belum tentu lagi..

Assalamualaikum ^_^...


Malam ni sejuk sangat..best :).. saya baru selesai menyiapkan 60 % report saya...ade 6 report keseluruhannya..memang banyak.. sejak bergelar pelajar ijazah sarjana muda, banyak nya kena pertimbangkan dalam fikiran sebelum membuat sesuatu keputusan...




Cinta.. saya pasti ramai dah tahu sangat tentang cinta..kononnya lah kan... 


' saya cintakan dia putri... saya tak dapat kawal perasaan saya lgi...', kata dia dengan sayu...


Saya pada awalnya hanya mampu diamkan diri... saya bukan lah penilai ..kerana Allah sahaja yang layak untuk menilai hamba2 Nya.. 


' Putri, tolong saya... saya amat yakin dialah cinta saya', sambung dia. Akhirnya saya tanya pada dia


' Bagaimana cinta awak kepada Allah swt? Sayang awak kepada Rasulullah? ' 


Dia diam...ye saya pasti..ini semua kehendak nafsu..kerana dia tidak tempatkan cinta Allah terdahulu.. dia melebihkan manusia berbanding Allah...Astaghfirullah..


Saya bukan wanita solehah..tapi saya ingin jadi... bila saya lihat keliling saya yg agungkan cinta manusia..saya tertanya..bagaimana cinta saya pulak? ...Dulu saya buta menilai hidup... saya tidak langsung memikirkan dunia akhirat... saya terlalu fikirkan dunia..itu semua dulu... 


Kalau dulu saya boleh keluarkan statement saya cintakan seseorang lebih dari segalanya, sekrang tidak lagi... cinta saya sering ditolak dan dimain2kan...kini saya tahu cinta sejati saya..hanya Dia yang akan balas cinta saya...


 “Dia mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya.” (Al Maidah: 54) ... 


jelas kan? Ayat ini menjadi suatu bukti wujudnya ‘cinta’ kepada Allah Taala Yang Maha Penyayang. 



“Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintai daripada isterinya, hartanya dan seluruh manusia.” 
(Bukhari & Muslim) 


Dalam suatu riwayat ditambah pula hadis di atas dengan perkataan “dan dari dirinya sendiri.”

Disebalik daripada hadis-hadis yang disebutkan tadi, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa orang yang ada mencintai sesuatu lebih daripada kecintaannya kepada Allah dan Nabi Muhammad sebenarnya tidak beriman. Banyak orang yang bercakap, “Aku cintakan Nabi Muhammad’ tetapi tidak banyak pun sunnah-sunnah Rasulullah yang diamal, dipertahan dan disebarkannya.

Satu cara mudah untuk kita menguji kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya ialah dengan mengimbas kembali waktu yang kita gunakan dalam sehari. Perkara apakah yang paling banyak kita bualkan dan kita fikirkan sepanjang hari itu? 


Banyak manakah masa yang kita gunakan untuk berfikir dan berbual tentang Allah dan Islam berbanding masa yang kita gunakan untuk berfikir dan berbual tentang kerja, berfikir dan berbual tentang kenderaan seperti kereta dan motosikal, berfikir dan berbual tentang hobi seperti memancing, perempuan dan bersukan, berbual dan berfikir tentang hiburan dan artis, berfikir dan berbual tentang tokoh-tokoh dari kalangan manusia dan sebagainya?

Jika jumlah masa kita berfikir dan berbual tentang Allah dan Rasul-Nya melebihi masa yang digunakan untuk berfikir dan berbual tentang benda lain, maka itulah ‘cinta’ yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini. Kata orang, apabila seseorang itu mencintai sesuatu maka selalulah disebut-sebutnya benda itu. Begitulah juga dengan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya.

Amat menghairankan orang-orang sekarang. Apabila kita memberitahu mereka bahawa ,

“Saya hendak duduk bermanja-manja dengan Kekasih”, 


mereka tertawa sesama sendiri seolah-olah perkataan itu suatu bentuk jenaka. Mereka menganggap adalah melucukan apabila Tuhan disebut Kekasih, apatah lagi untuk duduk bermanja-manja dengan Tuhan. Namun bagi para sufi, perkara ini sudah menjadi budaya hidup mereka... kerana Allah adalah kekasih abadi :)