^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 22 May 2012

Seorang pemimpin


Pemimpin yang adil sangat dikehendaki 
Memakmurkan umat dunia dan akhirat 
Tiada keadilan negara huru-hara 
Pemimpin membela nasib rakyatnya 

Pemimpin yang adil sifatnya amanah 
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya 
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa 
Kepentingan rakyat lebih utama 

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya 
Kasih sayang terserlah di wajahnya 
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya 
Rakyat hormat bukan takut padanya 

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah 
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna 
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya 
Rakyat diseru mentaati Allah 

Terdapat pemimpin di dunia kini 
Seringkali mencetus huru-hara 
Demi melindungi kepentingan dirinya 
Rela membiar rakyatnya derita 

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya 
Melepaskan mereka dari sengsara 
Akhlak yang mulia pakaian dirinya 
Rakyat taat dan sayang padanya 

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati 
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini
Assalamualaikum.. berikut merupakan lirik lagu ' Pemimpin yang adil' nyanyian kumpulan nasyid terkenal Hijjaz.. okay..entry saya kali ni semua tentang seorang pemimpin... 

dulu..saya bukan nya ambil kisah perihal kepimpinan, motivasi dan etc semua.. macam malas pun ada...biarlah , ada orang yang lagi tinggi, they'll know what to do.. ha..tu saya yang dulu... 

Dunia leadership saya bermula semasa di skolah menengah teknik.. saya diminta untuk mewakili kelas untuk pertandingan bahas bahasa inggeris.. pada mulanya, sudah cukup ahli..hujung2 lebih kurang 3 hari sebelum pertandingan, 2 dari ahli kumpulan saya tarik diri.. masa tu saya sorang2 je... macam menyedihkan bila kenang nasib saya yg terpinga2 mencari ahli baru sebab cikgu inggeris saya dah mula berang..saya tak mahu keruhkan keadaan..pasrah mencari pengganti sungguhpan belum sampai sebulan saya belajar di skolah teknik tu... akhirnya, berbalik kepada rakan sekelas saya ..alhamdulillah mereka terima pelawaan saya walaupun sesi pujuk memujuk memakan masa yang agak lama.. mahu tidaknya.. topik bahas melibatkan jantina, dan team saya menyokong wanita, kawan kelas saya pulak lelaki..memang susah nak pujuk..tapi.. akhirnya semua setel...dari peristiwa tu.. saya rasa seolah2 tidak percaya sebab saya ni dulu pemalu..jarang nak bercakap...apatah lagi memujuk orang lelaki untuk join pasukan.. dari situ, saya teruskan juga mencari inspirasi dalaman saya...

saya telah dilantik menjadi penolong ketua pengawas ketika di tingkatan 5..pelbagai dugaan yang terpaksa saya tempuhi..ketika itu...kepimpinan saya diuji teruk... selaku seorang ketua, haruslah sabar dan bijak membuat keputusan.. tapi kesilapan saya pada ketika itu, saya terlalu mengikut kehendak orang..akhirnya saya kecundang.. namun, sokongan cikgu saya tidak mematahkan semnagat saya untuk terus berjuang ..saya akhirnya diberi anugerah tokoh kepimpianan serta pelajar mithali sekolah ketika itu..Alhamdulillah... saya salah seorang yang dihargai pihak sekolah :).. tapi..setiap kejayaan pasti ada yang dengki.. saya diamkan aje... 

ketika melanjutkan pengajian saya di peringkat diploma.. saya menyertai satu jawatankuasa yang betul2 mengeluarkan inner leadership skills saya... pada awalnya, tidak sampai 20 ahli yang join jawatankuasa itu..jadi batch kami merupakan batch yang agak teruk diuji untuk menjadi seorang pemimpin..antara yang menyedarkan saya apa erti pemimpin itu adalah senior-senior politeknik saya... abg pojie, abg mamu, abg hermas, kak erna, abg lan, kak ina, ..saya diberitahu ujian mereka lagi teruk daripada apa yang kami lalui..dan cerita2 mereka itu saya jadikan satu kisah untuk membangkit semangat saya utk menjadi seorang ketua.. saya rasa seronok bila dpat berkngsi cerita dengan orang tentang pencapaian serta pengalaman... sejak dari itu, saya mula aktif dalam jawatankuasa ..saya pernah memegang banyak jawatan..antaranya setiausa biro, setiausaha jawatankuasa,timbalan setiausaha..dan akhir sekali, pada sem akhir saya, saya di offer menjadi pengerusi jawatankuasa itu sendiri.. 


menjadi ketua teratas sesuatu jawatankuasa bukan mudah...dugaanm cabaran makin kuat..kadang2 ketika memegang jawatan itu, saya rasa hendak putus asa, satu kerana belajar dan satu lagi kerana saya ditekankan kerana saya seorang perempuan..salah ke seorang wanita yang menjadi pemimpin? sabar je saya... macam2 tanggapan mereka terhadap saya.. katanya saya tidak layak memegang jawatan tersebut kerana saya perempuan.. saya tetap sabar.. saya anggap itu semua cabaran buat saya... saya selalu dipertikaikan..tapi atas tunjuk ajar senior2 saya dulu..saya masih mampu mengawal emosi dan akhirnya berjaya membawa jawatankuasa itu ke tahap yang membanggakan.. pelbagai program telah saya rancang bersama anak2 buah saya...dan mereka adalah yang terbaik..sentiasa positive dan memberi sokongan padu kepada saya.. kenangan dengan mereka tidak akan saya lupakan... semua orang boleh jatuhkan kita..tapi, kita yang berkuasa utk menaikkan diri kita semula....ketika itu juga, saya memegang prinsip mengutamakan anak buah saya... apa2 jua keadaan, saya akan selamatkan mereka dulu... perasaan sayang pada mereka wujud sebaik sahaja saya terima jawatan pengerusi itu... 







kalau saya terlalu ikutkan emosi, tidaklah saya masih dipilih untuk memgang jawatan kini dalam saya menuntut sebagai pelajar ijazah sarjana muda dgn kepujian.. niat saya bukan hendak glamour ke apa..saya cuma niat untuk berkngsi apa yg saya tahu dalam pengurusan organisasi...saya akui, sebagai manusia, saya tidak lari dari kesilapan..dan kerana itu saya memohon maaf kepada mereka yg mungkin rasa teraniaya kerana kepimpinan saya suatu ketika dahulu... sebagai seorang ketua, belajar dengar dan terima pendapat..kerana perkongsian maklumat merupakan satu perkara penting untuk menjadi ketua yang baik dan adil... insyaAllah :)

kini saya masih menjadi motivator bagi sesetangah program..terutama peringkat skolah menengan and rendah..alhamdulillah, ramai percaya akan kemampuan saya..dan kerana itu, saya tidak akan hampakan kepercayaan mereka kepada saya :)

Melalui entri ini, tidak terlintas di hati saya untuk membangga2kan pencapaian saya sebab saya juga tidak lari dari kesilapan... saya hanya berkongsi cerita saya.. yang penting, ikhlas dan jujur lah menjalankan sesuatu kerja.. jangan lah memikul satu tanggungjawab jika niat tidak ingin membantu.. bila kita ikhlas melakukan sesuatu, orang sekeliling akan berasa senang dengan kita dan kita pun akan rasa lebih seronok utk membantu orang...

5 comments:

Pha Is said...

great power come with great responsibility... btok x..? hehehe

MéuzAngelo™ XXIII said...

panjangnyee..

Salina Hj Ismail said...

ye :).. sekadar berkongsi :P

Cik Ummi said...

wowwwwww...

hebat !
tahniah sbb akk berjaya mengasah bakat kepimpinan akk dalam usia yang muda.. fewhhh.. mmg bile bace tu mcm "wow" sgt lah.
it is great to know your prinsip tu. Sayangkan anak2 buah.
Susah nak cari pemimpin yg betul2 pikirkan anak buahnya.
Selalunya yang ade, semuanya gila kuasa dan kenamaan.
Semoga akk terus maju and kepimpinan akk tu diberkati Allah.Semoga itu lah kepimpinan yang terbaik sebab nanti kan kat akhirat,akn disoal tntang tanggungjawab kita sebagai seorang pemimpin... kan?

Salina Hj Ismail said...

alhamdulillah dik..akk suka berkongsi..ilmu jgn kedekut kan.. akk bersyukur dgn kelebihan ini..:)