^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 2 June 2011

Sex and virginity.. potty mouth!

Sebelum anda meneruskan artikel..saya mohon maaf kerana mungkin ada sedikit perkataan yang kurang sedap dibaca..bukan dari saya..tetapi pic2 yang dikongsi..sekian.


Sex.. apa itu sex?







Aku tahu perkataan sex tu masa aku baru belajar untuk subjek sains.. Tapi apa yang aku tengok sekarang.. Budak-budak kecik pun bukan main tahan hebatnya bila tanya tentang sex.. tahu tu weh! Sedih aku tengok..seawal usia budak2 tu patutnya dok kumpul-kumpul setem ke, main masak-masak ke..main kawin-kawin...tapi main kawin-kawin sekarang ni moden sangat sampai terlebih kawin... Betul..buat apa lah aku nak reka cite tentang ni?


Malu aku rasa.. bila aku terbaca, tertengok sana sini..semua budak-budak bawah umur hebat bercakap tentang sex and virginity bagai..


Virginity atau dara.. Aku ingat lagi masa kecik.. takdelah kecik mana pun..kat Majalah Remaja selalunya nasihat jangan buat itu ini... dah buat nanti menyesal..siap nyatakan dara itu diibaratkan mahkota ..sesuatu yang perlu dijaga,,bukan di jaja sana sini adik oi..










Aku akui.. dalam aku marah..timbul rasa sedih terhdap budak-budak yang terlalu sosial sampai tak tahu dosa pahala.. kadang-kadang budak-budak bawah umur lagi dasyat minum air arak, clubbing sana-sini.. dedah badan sana sini.. yang overnya,.budak-budak melayu.. BBNU lah katakan * bagi yang tak familiar dengan BBNU = Budak Baru Nak Up*..yup..culture shock la kot..


Yang aku tak tahan..bangga pulak tu mengaku da 'buat'.. again aku nyatakan..artikel ni adalah berkenaan budak bawah umur..as in under 21 years old ..ya mereka2 ini telah menyebabkan saya terfikir yang dunia ni memang nak kiamat sebab majoriti dari mereka yang bangga melakukan sex dan maksiat di khalayak ramai adalah orang melayu..agama islam...bak kata kat facebook ...


Religious views : Muslim
Religious views : Islam






Budak-budak sekarang makin expert tak dapat online kat rumah dia orang online plak kat cyber cafe.Da jadi trend sekarang ni ikut kawan dari merokok,merogol kaki pukul dan pau orang.Dalam sekolah pun boleh rogol kawan perempuan.Ni sebab adanya youtube dan blog yang agak xbape nak bijak sebar video lucah.Tanggung la kat akhirat nanti.




Hmmm... Itu lah yang aku nampak.. Baju pulak tidak perlu kot aku nak describe.. Macam tak cukup kain..kalau boleh memang tak nak pakai baju dah...


Mula-mula ikat baju atas sikit supaya nampak perut yang fit lah kononnya, pastu pakai tube je keluar.. naik motor dengan boyfriend ke sana sini tak segan dengan pakaian yang macam tu..






Bila apa-apa jadi..timbul kes rogol...nak marah-marah..sedih sedih semua...wahai adik-adik ku..salah anda ya..


Letak profil pic nampak dada...pastu caption lak






' temok an kitew '* dah tau gitu apsal letak? sebab rasa hot dik?


'Eee... namo lah ckp cm tew..ite egan la..ite temok' *eeeeeish! adik taw tak ..menyampah tu apa?


Aku wat post ni bukan niat nak aibkan sape2 pun..tetapi aku rasa aku cuma nak memainkan peranan sebagai orang islam la.. Andai kita nampak budak-budak macam ni... tegurlah dia..jangan lah nak sebarkan lagi keburukan dia..lagi la dia protesnya.. bukan setakat yang sebar tu membuka pekung dada orang..budak yang baru nak membesar tu langsung tak kan berubah..sebab takde pendekatan secara baik ..


Ingat.. jagalah diri dan maruah diri.. hanya diri kita sendiri yang boleh jaga.. Bukan orang lain...We have full control of our body and especially mind.. be a better person.. terutama budak-budak melayu..






Adik-adik.. ingat lah parents.. ingatlah Allah yang cipta kamu.. tanpa Allah..kamu tak de atas bumi ni..


Saya memang tekankan di sini.. saya pernah melakukan kesilapan..sejauh mana kesilapan itu biar diri sendiri tahu dan ada niat untuk berubah.. saya cuma tidak mahu anak2 melayu jatuh kerana terikut2 budaya yang bukan tradisi kita sebagai org melayu.. 


Tak kurang juga bagi anda yang cukup gemar mencarut! Bangga ke sebut perkataan kotor tu? Segan aku dengar.. rasa kesian bila tengok anak melayu yang beria-ia mencarut.. bukan main lagi.. skrang ni budak darjah2 pun boleh tahan maki dia.. takut aku ...








Tak lama lagi kategori2 aku ni akan start berumah tangga..ada anak..aku akui aku risau dengan pendedahan dunia sekarang..tak berlapik da semua..


Bukan setakat untuk budak2..juga untuk orang yang up2 ckit umur... mesti nak hubungan yang selamat dan dilindungi..bukannya hubungan yang ditakuti..masing-masing ada akal dan fikiran.. fikirkan long term.. 


Dikesempatan ini..saya nak berterima kasih kepada www.ohtidak.com atas sumbangan beberapa gambar untuk bantu post saya ini..mekacih! sila silalah ke laman web mereka ya...juga tak lupa www.justkhai.com juga slamberz


That's all for now.. maaf andai ada yang marah or tersinggung bila baca.. sekadar buat renungan..

No comments: