Assalamualaikum.. :)..
Haa.. title di atas dah cukup jelas menerangkan topik saya pada entri kali ini.. is it true if kalau kita selealu or kerap jumpa bakal suami or tunang..especialy before the special day akan hilang seri? .. ni statement orang2 tua.. sahih tak sahih.. saya tidak lah pasti...
' ina, jangan nak jumpa sangat kai.. kau nak tunang ni keluarga dia semua tgk kau.. tak seri nanti' , kata ibu ku sayang
' jumpa pun jarang..dalam dua bulan pun belum tentu dapat jumpa bu', jawab saya.. ibu sebenarnya lebih suka macam tu.. jelas ibu.. saya ni bukan apa.. jumpa xjumpa saya xkisah.. asal bakal tunang saya tu seorang yang setia dan ikhlas menerima saya sebagai bakal isteri dia.. kan?
Jujur, sungguhpun orang ramai mempertikaikan hubungan kami kerana jarak saya dan dia jauh, ia langsung tidak menggugat saya.. kerana saya bersyukur ada jarak pemisah ni :)
"Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia"
... semoga hubungan kita terpelihara .. saya ingin jadi yang sah untuk awak :)..dengan izin Allah swt...
kalau boleh..saya mahu kelihatan cantik di mata suami saya sahaja.. tapi saya akur.. masih belum tiba masa saya bergelar isteri.. mungkin ramai akan mempertikaikan tempoh pertunangan kami.. tapi, saya cuma harapkan agar ikatan permulaan dalam hubungan kami akan kekal sehingga saya sah menjadi isteri dia.. insyaAllah..
Dia jauh di Johor.. saya masih menuntut.. sungguhpun begitu, sikitpun tidak menganggu pelajaran saya.. ye, sebagai pelajar, pasti ada naik dan turunnya..tapi, tanggungjawab yg saya pikul akan saya tunaikan dgn yang terbaik.... dalam saya belajar ini juga, jika ditakdirkan saya berumah tangga dalam belajar, saya akan cuba yang terbaik.. kawan2 sy disini tidak berhenti memberi sokongan pada saya.. malah sentiasa menjaga dan memelihara hati saya agar tenang dengan segala dugaan mendatang..
kepada awak.. saya tahu awak akan baca ^_^...dugaan memang banyak..semoga kita sama2 menghadapinya dengan tenang ye :).. terima kasih ...saya janji akan jaga diri saya..sebab saya nak nampak seri bila jadi isteri awak :)
2 comments:
semoga bahagia berkekalan...
tq :)
Post a Comment