Currently aku sedang menonton series Lagenda Budak Setan.. Ikutkan plot cerita ini dan melalui pembacaan aku pada novel tersebut.. Tengok gaya macam dah nak habis..
Lagenda Budak Setan merupakan sebuah novel hasil nukilan bijak Ahadiat Akashah yang juga merupakan penulis novel terkenal Malaysia.
Novel ini mengisahkan seorang jejaka yang bernama Kasyah. Pada awal penceritaan, Kasyah merupakan seorang yang sangat nakal ketika di sekolah. Perangai setan lah kalau kata orang-orang tua. He's more like Bart Simpson, but Malaysian version. Dia ada satu kumpulan yang anti perempuan. Suatu hari seorang gadis bernama Ayu ke kelas Kasyah bagi mengutip derma. Ketika itu, dengan kuasa tuhan, Kasyah mula tertarik kepada Ayu. Semua kawan-kawan Kasyah musykil dengan perubahan Kasyah, dari perangai macam setan, ketua kumpulan anti perempuan..ke seorang jejaka yang sangat setia dalam cinta..ikhlas pada Ayu, dan hanya Ayu. Ayu memiliki kisah silam bersama Azmi, lelaki yang kasar dan panas baran. Kerana tidak tahan dengan sikap Azmi, Ayu mengambil tindakan untuk berpindah sekolah dan di situlah dia mengenali Kasyah.
Pelbagai dugaan terpaksa Kasyah harungi bagi memiliki cinta Ayu, untuk hidup bersama Ayu..
Setakat itu sahaja aku dapat berkongsi dengan anda mengenai novel kegemaran aku ini.. Bagi aku penceritaan novel ini sangat kemas dan heart warming.. So sweet.. Bagi aku, novel ini sangat sedih...