Thursday, 28 July 2011
Aku dilamar.. kenapa aku masih perlu masa?
Assalamualaikum and morning..
Lama sangat aku tidak update blog..
Hati aku sayu sebenarnya.. Bila aku dah semakin meningkat dewasa banyak persoalan yang dianggap remeh menjadi penting.. Seperti soal masa depan aku.. Air mata menitis.. memikirkan sama ada betul atau tidak keputusan aku ini?
Cinta.. umpama angin.. kita tidak nampak cinta, tapi kita dapat merasai cinta.. Dalam ketiadaan dia aku merasai kasih sayang dia pada aku..
Seringkali dia bertanyakan aku.. Sudikah aku menjadi isteri dia? Aku hanya tersenyum.. Bila difikirkan balik.. ini bukan perkara main-main! Ye, aku masih muda.. aku baru 22.. tetapi, andai kata dia lah orang yang terakhir akan melamar aku macam mana?
Aku terima seseorang bukan kerana aku takut, tetapi aku sungguh sayangkan dia.. Jujur aku katakan.. dalam kebahagiaan yang hampir dengan aku.. dugaan datang satu satu.. dan mungkin kerana itu si dia melamar aku..
Jujur aku katakan.. aku belum bersedia untuk sambung belajar..Lebih-lebih lagi bila terlalu banyak halangan aku.. Aku penat..Juga.. Mungkin aku selesa bila menerima duit hasil penat lelah aku melaksanakan sesuatu tugas..
Dalam aku cuba mengelak bicara mengenai hubungan yang lebih komited lagi terlalu banyak petanda yang menunjukkan aku ke arah mendirikan masjid.. Ya Allah.. seandainya ini takdir aku .. Aku terima dengan hati yang cukup terbuka..
Sungguhpun lamaran dia hanya dari mulut, keikhlasan dia untuk menjadikan aku suri hidup dia tampak jelas bila dia nyatakan kepada ibu yang dia nak jadikan saya sebahagian daripada hidup dia..
Sejak dua menjak ini.. banyak yang terpaksa aku tempuhi.. Tidak lah susah mana..tapi bila perihal hati dan perasaan aku.. aku sendiri buntu dan kadang-kadang memerlukan masa..
Kalau dulu, sungguh mudah aku menerima cinta.. kini, kesedaraan dalam diri hadir.. Umur, keadaan serta waktu akan menentukan semuanya..
Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami atau isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.
Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.
Amin.
Yang benar,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment