^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 22 May 2011

SMTMS,PSIS,UKM




Cinta.. Apa erti cinta?

Cita-cita.. di mana yang perlu ku cari cita-cita?

Usaha..bagaimana untuk berusaha?

Semua yang melibatkan hati perasaan sering menjadi tanda soal bagi mana-mana golongan,,muda dan tua..

Aku juga tidak terkecuali menyoal perihal ini..

Usia yang muda aku didedahkan dengan dunia bercinta.. sesuatu yang tidak patut aku lalui pada usia semuda itu..

Terus terang aku nyatakan, aku menyesal.tetapi, apa guna lagi untuk menyesal kerana semua dah berlalu...lama sudah pergi dari hidup aku..

Aku pernah dihina.. kerana aku besar.. kasarnya, aku gemuk. Walaupun kawan-kawan aku dengan nada gurau ejek-ejek aku, aku masih terasa..dari aku kecil aku tidak pernah memiliki fizikal yang sempurna seperti mereka..Setiap kali diejek, aku hanya tersenyum...paling tidak..aku alih topik perbualan. Aku seorang yang pemalu.

Aku teringat satu peristiwa.. Di mana aku telah berjanji untuk bertemu dengan seseorang yang aku kenali melalui laman sosial. Kami hanya berbual di telefon. Akhirnya, bersetuju untuk bertemu. Pertemuan pertama aku dengan dia telah buat aku kesal dengan pemikiran orang lelaki. Kali pertama dia melihat aku, secara tiba-tiba dengan tergesa-gesa dia ingin pergi, dengan alasan pakciknya nak jumpa. Aku sedih, malu sangat.. keesokan harinya, dia emel aku..nyatakan pada aku supaya jangan lagi berhubung dengan dia lagi kerana aku punca hubungan ayah dia dan dia renggang.. Aku tunduk..Aku malu..

Tahun demi tahun berlalu... Aku masih aku.. masih mencari apa yang perlu ada dalam hidup aku.. dalam melalui tahun demi tahun itu juga, aku berkenalan dengan pelbagai jenis lelaki, karakter... bila difikirkan balik.. kelakar...aku telah berkenalan dengan lelaki yang :

- psycho
-gila
-panas baran
-penipu
-gatal
-tua tak sedar diri
-mata duitan
-ustaz
-polis

Kelakar , kelakar dan sangatlah kelakar sebab aku hampir terjatuh cinta dengan most in the list. Ustaz..seorang yang paling aku tidak sangka.. Dia telah buat aku rasa seolah hidup aku ini musnah! Biar kisah antara aku dan dia kekal dalam fikiran aku.. Yang aku tahu, aku benci dia.

Aku hampir bergelar isteri kepada seorang yang bernama @#$%. Lega rasa kerana tuhan telah buka mata aku tentang perangai sebenar dia. Aku tidak menyesal berpisah dengan dia, kerana dia , aku dan keluarga aku bermasan muka. Aku benci dia..

Aku merupakan ahli alumni Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah setelah 2 tahun menjadi pelajar jurusan kejuruteraan awam di sekolah tersebut...Kini...aku bergelar graduan Politeknik Sultan Idris Shah dengan Diploma Kejuruteraan Awam di tangan.. Alhamdulillah.. Universiti Kebangsaan Malaysia pula menjadi tempat aku melanjutkan pengajian ijazah aku.. InsyaAllah..dalam kurang dari 3 tahun, aku turut bergelar graduan UKM dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Struktur di tangan aku:).. InsyaAllah...

Kini juga hati aku dimiliki oleh seseorang. Jika lah hubungan kami berpanjangan, aku akan slow down and maybe..jadi isteri orang dah lepas habis ijazah aku.. InsyaAllah.. ;)

In my future, aku merancang untuk ikut jejak langkah arwah ayah aku, seorang jurutera yang disegani satu ketika dulu.. Paling tidak pun, mungkin seorang pensyarah Engineering or maybe english? hehe..

Motif post aku ni? Saja-saja nak post..rasa lama sudah tak berkongsi hati dan jiwa dengan pembaca yang sudi singgah blog aku ini :)

Kbai")

No comments: