Assalamualaikum and selamat malam
Hari ini merupakan salah satu hari yang aku rasa sedih and down... Kadang-kadang perasaan cemburu timbul di benak tetapi aku harus tangkis kesemua perasaan sebegitu kerana mungkin belum tiba masanya aku perolehi apa yang kau perolehi.
Sedang aku ber'facebook'ing... aku ternampak profil kawan aku.............sambung belajar kat salah satu universiti disegani di Malaysia. Aku tiba-tiba rasa jealous yang amat! Istighfar ina,, kenapa nak marah dengan peluang yang orang lain dapat? Sedihnya aku lagi sebab aku bukanlah pelajar terbaik masa kat politeknik dulu. Tapi bila tengok kawan-kawan aku yang lain sudah melanjutkan pengajian ijazah..ada juga yang akan dapat ijazah tahun ni.. Hebat-hebat sahabat-sahabat aku semua...aku ? -_-
InsyaAllah, aku akan melanjutkan pengajian ijazah aku di salah satu institut pengajian di bangi. Ye, agak nervous sebab persaingan yang cukup hebat di sana, aku lulusan politeknik yang terpaksa compete dengan university students. That's nerve wrecking !
Lebih aku redha and pasrah bila aku tanya kawan-kawan aku yang dah sambung blajar. Semuanya kata :
" Susah put...memang beza sangat kat sini put.."
"Aku tension put kat sini..assignment da macam makanan aku da bila degree ni"
"Put, kau sambung nanti, memang kena focus belajar, kalau boleh, dapat dekan atau pointer tinggi masa first semester"
"!@#$%^&*("
Haaaa...itu lah antara 'komen' kawan-kawan aku yang sedang sambung belajar dan kini getting ready untuk final..Goodluck ye kawan-kawan:)
Anyways, balik pada posting asal aku.............aku memang sedang gemuruh untuk melanjutkan pengajian aku di peringkat ijazah.. Apa-apa pun, kita mesti sentiasa positive dan yakin dengan kebolehan kita. Kita sahaja yang boleh tunjukkan kebolehan kita, bukan orang lain. Yeah maynn *usher mode
For now, aku kena fokus dengan apa yang aku sedang lakukan.. InsyaAllah boleh put! Yeahhh!!
Also di post ini juga ya*ala2 bibik* Aku ingin nyatakan bahawa..aku kini senang banget setelah mengepost post ini kerana terasa seperti bebas dari tensi yang timbul dalam fikiran aku. Kepada pembaca-pembaca blog aku, mekasyih kerana masih sudi datang dan jenguk rumah maya aku ini ya. Sayang bangat sama anda.
Bai =)
No comments:
Post a Comment