Assalam.. Malam yang agak sunyi..Aku baru habis melantak kek aku bake tadi.. Sedap pulowk! -_-
Anyways.. dalam aku menikmati kek butter * totally menggemukkan and bakal buat jantung aku berhenti *.. Aku pandang my mother.. Comel lah ama ite ido..alala...semenjak si amer tu conquer bilik mak aku..mak aku tidur depan je.. Cian ama.. Aku je yang teman.. Pakai selimut ye ama.. Tbe2 mak aku terbangun.. tanya aku tentang adik bgsu aku,,sehat ke tak adik ina tu..hehe,,aku yakin makin sehat budak tu..nampak tulang? kalau betul adik aku nampak tulang badan,aku wt doa selamat..dengan kau kau sekali selamat hah..
7 HB 4 2006 tarikh arwah ayah meninggalkan kami berlima..
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Yang aku paling ingat adalah "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya". Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu. Alhamdulillah sehingga kini aku tidak putus mendoakan kesejahteraan arwah ayah aku di dunia yang kita bakal juga lalui selepas meninggal dunia..
Aku teringat hari arwah ayah aku dikebumikan.. Mata ibu bengkak sangat.. Menangis.. Mahu tak sedih..hampir 18 tahun membina masjid bersama, akhirnya sang suami terpaksa meninggalkan isteri kerana sudah sampai ajalnya.. YE..AKU JUGA SEDIH..bila difikirkan balik.. mak aku lagi sedih.. ibu pernah bagitahu aku..
" ibu kenal erti cinta lepas kahwin dengan your daddy.. i luwwwvvv him " , jelas ibu dengan gaya yang hanya kami anak beranak tahu -_-
Masa aku baca yasin.. aku nampak kesayuan wajah ibu.. Sedihnya bila insan yang kita cinta pergi meninggalkan kita selamanya.. Macam mana ibu boleh bertahan? Ibu aku seorang yang sangat tabah, masa yang sama macam budak2 pun ada.. Aku je lah yang melayan kerenah mak aku sekarang.. kakak aku sibuk kerja, amer sibuk minta duit..aku? aku sibuk nak tengok mak aku happy.
Ye, memang pada mulanya agak janggal bila tahu hati mak aku terbuka untuk 'sayang' seseorang.. Aku memang bantah sebantah2 nya, sambil mengingatkan mak aku tentang ayah aku.. 5 tahun..masih terlalu awal untuk mak aku menerima orang lain.. ye, aku sedih sangat masa tu.. bagi aku..mak aku ni pentingkan diri sendiri and perasaan sendiri..macam kami ni takde je...time tu lah...TIME TU OKAY:)
Aku borak2 dengan prince charming aku.. Dalam aku rancak bercerita perihal ini, b bgthu aku ..
" u, i dgn u bercinta kan? ermm...u sayang i x?", soal dia.
" Ye, i syg u...knp u suka tnya soalan ni? ", soal aku balik termengah2 sebab sebelum tu rancak cerita perihal mak aku kat ia..sesi luahan perasaan starts niow gtu:)
" yg, kalau ur mum xsuka i, minta u break dengan i..apa perasaan u?" , soal dia lagi.
" sedih la b! tp, benda melibatkan hati dan perasaan..mana leh mama nak paksa2 i break ke tak dengan pilihan hati i ;( ", jelas aku..
" jadi u ada fikir tak apa perasaan ur mum bila u ollss tak suka dengan pilihan mama, tentang dengan keputusan mama? " , soal dia tenang.
Aku terdiam and tersentap dengan soalan dia.. Ye, dia ada point, tp masa tu aku fikir, bukan ke awal lagi untuk ibu actually fikirkan tentang semua ni? Lagipun, ibu baru kenal *****.. macam2 bermain dalam fikiran aku..
Hati dan perasaan..cinta tak boleh dipaksa, hati dan perasaan bukannya bahan permainan....dilukakan atau melukakan bukan satu pilihan..Semua perkara/benda yang terjadi disekeliling kita ada sebabnya...Ingat wahai pembaca setia, dugaan didatangi Tuhan kerana Tuhan ingin kita belajar erti tabah..Tuhan mendatangkan kita dengan orang membuatkan kita marah akan mengajar kita erti sabar..Jadi, istighfar kerana ini semua ujian..
Aku memotivasikan diri, aku menempatkan diri aku di kasut ibu, dan aku mengerti.. Siapalah aku untuk menghalang perasaan indah dari Allah? Aku cuma hamba Mu Ya Allah , yang hanya mampu berdoa agar keluarga aku sentiasa dilindungi..
Masih, dan masih sebenarnya sukar untuk aku menerima.. Still, aku bagi peluang untuk ibu happy.. 5 tahun ibu aku bersusah payah menghabiskan sekolah aku and adik2 aku..masa arwah ayah aku pergi, kakak aku dah start college .. ibu aku yang berulang alik dari kl ke muadzam untuk menjemput kami..5 tahun ibu aku menghabiskan dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada kita 4 beradik kerana sedih kami anak yatim.. 5 tahun ibu aku menanggung sedih dan sunyi terkenangakan arwah suami yang tiada lagi di sisi.. 5 tahun ibu aku bersusah payah menanggung kami 4 beradik.. terima kasih ibu..
Terkenangkan semua perkara itu lah melembutkan hati aku untuk bagi ibu peluang untuk happy... Aku teringat kata2 ibu, pagi tu, aku berselisih pendapat dengan mama perihal mama ada 'someone'
" Ina, Allah datangkan semua perkara bersebab.. Kalau Allah tentukan mama sekadar menjadi teman ***** sahaja, itu sajalah jalan ceritanya, Kalau Allah kata, 'Rahimah, itulah jodoh kamu setelah Ismail'..itu sajalah juga jalan ceritanya.. Semua sudah ditentukan.. Allah mendatangkan, mengenalkan ibu dengan seseorang yang berjaya buka pintu hati ibu untuk teruskan hidup.. Ibu hanya menjalankan apa yang ibu rasa perlu untuk kehidupan ibu yang mungkin sementara sahaja..iaitu teruskan hidup", jelas mama tenang.. aku terdiam.. -_-
Memang betul kata mama aku.. Ibu sanggup susah senang, berkorban apa sahaja untuk kita, kenapa kita tak boleh berkorban sedikit untuk mama?
Ye, aku rindukan kenangan bersama arwah ayah aku..tiada siapa yang apat menggantikan arwah ayah aku.. Tapi, masih ada yang boleh menjaga aku..iaitu ibu aku.. Marah geram macam mana pun.. syurga di bawah tapak kaki ibu.. berkat hidup dan pilihan berdasarkan restu seorang ibu, doa seorang ibu yang membesarkan kami ..
marah2 tu memang ada..tanda sayang kan marah tu? :).. Aku tengok mak aku sekarang..aku geleng2 je..macam budak2:)..mengingatkan pada diri aku juga..karma kan.. what goes around, comes around.. Aku berhenti menjadi seorang yang suka memberontak dan panas baran kerana aku takut anak2 aku pula yang akan lakukan itu semua padaku.. dalam aku marah aku teringat..dalam aku memaki and mencarut aku teringat..dalam aku marah dan benci pada parents aku, aku teringat.. Allah maha Adil, Maha Kuasa..Allah dah tentukan semua perkara pasti ada kesan yang setimpal dengan apa sahaja kelakuan kita..Dan berterusan aku mengingatkan diri...
'SABAR INA.. SABAR.. '
:)
Aku sabar..apa2 pun, aku juga manusia biasa..aku bukan nabi..aku bukan sempurna..Hasutan iblis laknatullah masih ada, aku hanya mampu mengingatkan diri aku.. and istighfar to Allah...
Pesanan buat insan yang aku sayang.. I understand your hatred towards her.. still, she sacrificed a lot for you, A LOT.. let her be happy for once.. i dont want to think about it.. and i hope u too.. act as if nothing happened and u'll be fine.. just like i did:).. I know u can..u r the best i know and i want u to keep it that way.. personal life can be hectic, its ur job to 'un-hectic' it.. thinking about ur problems will lead u nowhere, think of the solution, that will take u somewhere..at least u tried;)it's impossible for us to know everything but we can learn along the way just make sure we are the best in our field.
p/s:terfikir sejenak
bagaimana jika semalam kita baru berjumpa dengan ahli keluarga atau kawan-kawan kita
dan berbual-bual serta bergurau-senda
tiba-tiba hari ini kita dapat berita kehilangannya buat selama-lamanya
pasti sekali akan rasa terkejut dan hiba yang teramat...
p/s:terfikir sejenak
bagaimana jika semalam kita baru berjumpa dengan ahli keluarga atau kawan-kawan kita
dan berbual-bual serta bergurau-senda
tiba-tiba hari ini kita dapat berita kehilangannya buat selama-lamanya
pasti sekali akan rasa terkejut dan hiba yang teramat...
toodles !
No comments:
Post a Comment