Assalamualaikum WBT
Di sini
ingin aku coretkan sebuah ceritera seorang puteri
Dulu, seorang gadis yang periang dan ceria
Aku mengenalinya sejak aku dilahirkan..
Kami kawan rapat
Boleh dikatakan semua aku cerita pada dia
Dia amat memahami aku
Hari berganti hari
Bulan Berganti Bulan
Tahun Berganti Tahun
Dia semakin renggang dari aku
Aku semakin menjauhkan diri dari dia
Dia juga telah bertemu ramai kawan baru
Dia ajak aku untuk bersama dia
Jomlah
Kau ibarat nyawaku
Marilah
Aku memandang dia
Aku menolak...
Dan mula meninggalkan dia
Dia?
Dia teruskan hidup...
Tanpa aku disisi...
Dia tahu, aku masih memandangnya
Masih harap aku kembali berkawan dengan dia
Aku mahu, tapi, aku tidak mahu dengan dia sekarang
Dia berubah menjadi seorang yang mementingkan dunia
Bukan seperti aku kenalinya dulu
Kini dia dilanda pelbagai masalah
Aku kasihan
Aku ingin bantu
Tapi, biar ia dijadikan sebagai pengajaran bagi dia
Biar dia sedar
Aku nampak dia
Aku tahu dia sedang bermasalah
Aku nampak dia menangis
Aku ingin kembali dalam hidup dia
Ingin ketawa bergurau senda dengan dia
Tapi, dia yang mencari masalah
Aku hanya ingin dia belajar
Aku tahu, pelbagai perkara yang telah dia lalui sepanjang hidupnya tanpaku
Dia lebih banyak menangis dari ketawa
Dia lebih banyak berfikir daripada bertindak
Dia kelihatan bingung
Aku kasihan lihat dia
Wahai teman sejati, aku akan kembali
Andai kau menyedari segalanya...
Aku ingin hidup seperti biasa bersamamu teman
Aku di dalam dirimu
Dulu kini dan selamanya
Sekian.
No comments:
Post a Comment